jumi's corner
7.2.12
Impian untuk menjadi juruterbang pesawat laju di TUDM
Sejak saya tahu semua orang perlu ada cita-cita, saya terus mencari apakah cita-cita saya. Saya melihat diri saya sendiri, saya gigih dalam bidang sukan. Lalu saya bercita-cita untuk menjadi atlet. Tetapi itu cuma sementara, kerana aku tidak lah berlari selaju mana. Tangal 30.5.2010, saya dan keluarga teringin untuk ke pulau langkawi. Kami menaiki kapal terbang untuk ke sana. ketika brada di dalam kapal terbang tersebut saya melihat awan yang biru berada di sekeliling kapal tersebut dan saya berasa seronok ketika brada di langit yang tinggi. Lalu saya teringin menjadi seorang juruterbang. Tetapi menjadi seorang juruterbang yang membawa penumpang tidak bebas di udara. Namun begitu, ketika saya jalan sesuatu tempat yang bernama TUDM, saya melihat seuatu benda yang membelah awan dengan laju dan bebasnya. Saya bertanya kepada ibu saya apakah benda tersebut. Ibu saya menjawab yang benda itu adalah pesawat laju atau lebih dikenali sebagai jet. Seperti yang saya inginkan, laju dan bebas di udara. Mulai daripada itu sampai lah kini saya memilih juruterbang sebagai cita-cita saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)